FolderLock yang berfungsi meletakkan kata laluan pada folder agar tidak boleh diakses oleh orang lain. Sebenarnya saya cuba elakkan untuk menulis perisian shareware (berbayar) dalam blog ini, tapi takpelah sebab kita nak buat perbandingan antara Folder Lock dan TrueCrypt.
Lock. Anda boleh Lock iaitu mengunci mana-mana folder yang sedia ada dalam komputer anda. Pilihan ini sangat pantas, ia mengunci folder dengan serta-merta. Folder yang dikunci akan tersembunyi dalam Windows. Fungsi Lock boleh dijalankan terhadap dua jenis folder:
Encrypt. FolderLock akan melakukan proses encryption terhadap folder khas, iaitu menyulitkan segala kandungan di dalam folder tersebut. Dengan encryption, sekuriti lebih terjamin. Namun ia memakan masa untuk proses encryption tersebut. Encryption hanya boleh dijalankan terhadap C:\Program Files\Folder\Locker.
Dengan menggunakan BootCD, saya berjaya melepasi fungsi Lock yang diletak pada folder lain (bukan folder khas) dengan mudah. Walaupun saya tiada kata laluan, saya boleh mengakses folder yang telah melalui fungsi Lock dengan sesuka hati. Ternyata fungsi Lock ini tidak menjamin keselamatan folder. Namun C:\Program Files\Folder\Locker tetap gagal dipecah masuk.
Folder C:\Program Files\Folder\Locker yang telah melalui fungsi Encrypt pula memang saya tak dapat akses tanpa kata laluan.
Bagi versi percubaan, anda hanya boleh encrypt fail sebanyak 25 MB sahaja, tidak lebih dari itu. Ia juga mempunyai had penggunaan selama 35 hari. Jika anda ingin terus menggunakan FolderLock selepas tempoh ini, terpaksalah beli.
Sekarang, saya ingin bandingkan antara FolderLock dan TrueCrypt:
Download Disini :
Password :

No comments:
Post a Comment